18 Julai 2008

Program Sihat Ceria 2008

Pada 18 Julai 2008, Kelab SPBT dengan kerjasama Persatuan Puteri Islam SMK Mahsuri telah mengadakan Program Rekreasi & Sihat Ceria di Taman Lagenda, Langkawi. Semua peserta program telah berkumpul pada jam 7.30 pagi. Oleh kerana Taman Lagenda masih dalam proses pembaikan, maka program ini telah diadakan di Taman Permainan CHOGM.
Antara program "Sihat Ceria" yang telah dilaksanakan ialah senamrobik, sukaneka dan pertandingan permainan tradisional iaitu permainan congkak. Di dalam acara sukanneka, para peserta telah mengambil bahagian di dalam acara memasukkan benang di dalam jarum ketika menaiki buaian, balingan kasih, ambil gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong dalam sudu dan jejak tangkas. Kelab SPBT telah menjuarai acara sukanneka ini.
Kesimpulannya, program ini telah merapatkan ukhuwah antara guru dan pelajar di samping dapat melegakan ketegangan emosi dan jasmani.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BAIK PROGRAM INI . SAYA SELALU MEMBENARKAN ANAK SAYA MENGIKUTI AKTIVITI SPBT. ANAK SAYA BELAJAR CARA MENJAGA BUKU DAN SEBAGAINYA. KINI ANAK SAYA SANGAT PRIHATIN TERHADAP BUKU TERMASUK BUKU ADIK-ADIKNYA.