13 November 2008

Anugerah Pengurusan SPBT Kebangsaan (Kenangan Tahun 2008 Bersama Bekas Penyelaras SPBT : Ustazah Hilmiyah Muslim)

USJ Subang Jaya, Nov 2 - SMK Mahsuri telah mendapat tempat ke-4 dalam Anugerah Pengurusan SPBT Peringkat Kebangsaan 2008. Anugerah ini telah diadakan di Hotel Summit. Terima kasih kepada semua pelajar, guru-guru, pentadbir, PPD dan JPN Kedah kerana membantu sehingga tercapainya kejayaan ini.

22 Oktober 2008

15 Oktober 2008

PENILAIAN PUSINGAN KEDUA BOSS

Rabu, 15 Oktober 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri telah dilawati oleh Penilai Bilik Operasi SPBT (BOSS) 2008. Berikut dinyatakan senarai nama penilai yang melaksanakan Penilaian Pusingan Kedua Anugerah BOSS Kebangsaan :


1. Pn. Rujinah bt Miki

(Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks)
2. Pn. Hjh. Khalidah bt Othman

( Ketua Penolong Pengarah Sektor Penerbitan Sekolah Menengah)
3. En. Salehhudin bin Yusof

( Ketua Penolong Pengarah Sektor Teknikal Penerbitan)


Semoga lawatan ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada semua warga SMK Mahsuri dalam memartabatkan SPBT sebagai sumber ilmu dan kegemilangan pelajar.

08 Oktober 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR, Akhir Tahun dan SPM. Jangan lupa Solat Hajat , Tahajjud dan banyakkan berdoa agar kejayaan menjadi milik anda. Di samping itu, pastikan buku teks tetap dibaca dan dijaga.

18 Ogos 2008

ORGANISASI SPBT

Organisasi SPBT SMK Mahsuri 2008

17 Ogos 2008

TAMAN & TERATAK SPBT

Taman & Teratak SPBT

LALUAN SPBT

Laluan SPBT ( Laluan Tanjung Tempuling)

ARCA SPBT SMK MAHSURI

Arca SPBT Sek. Men. Keb. Mahsuri

14 Ogos 2008

HARGAILAH BANTUAN KERAJAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membelanjakan lebih kurang RM 469,404.00 kepada semua pelajar SMK Mahsuri dalam Skim Pinjaman Buku Teks. Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dan menggunakan segala bantuan yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya.

25 Julai 2008

TERIMA KASIH SEMUA

Terima kasih para pelajar di atas kesungguhanmu menyayangi dan menghargai buku teks...
Terima kasih ahli kelab SPBT di atas ketekunanmu menjalankan tugas yang diamanahkan...
Terima kasih para guru & pentadbir sekolah di atas keprihatinan dan sokonganmu dalam menjayakan visi & misi SPBT...
Terima kasih PPD & JPN di atas tunjuk ajar dan segala bantuan yang telah diberikan kepada kami...
Terima kasih kerajaan di atas bantuan buku teks sehingga para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan...
Unit SPBT SMK Mahsuri,Langkawi, Kedah

23 Julai 2008

PENILAIAN ANUGERAH BILIK BOSS


Rabu, 23 Julai 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri telah dilawati oleh Penilai Bilik Operasi SPBT (BOSS) 2008. Berikut dinyatakan senarai nama penilai yang melaksanakan penilaian anugerah BOSS peringkat Kebangsaan
1. Pn. Hjh Lailah bte Mohd Sabri (KPP SPBT,BBT)
2. En. Abd. Razak bin. Mohamad Yusof (PP SPBT,BBT)
3. En. Othman bin Ahmad (KU HEM,JPNK)
4. En. Zainol Abidin Azizan (Peny.SPBT JPNK)
Semoga lawatan ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada semua warga SMK Mahsuri dalam memartabatkan SPBT sebagai sumber ilmu.

18 Julai 2008

Program Sihat Ceria 2008

Pada 18 Julai 2008, Kelab SPBT dengan kerjasama Persatuan Puteri Islam SMK Mahsuri telah mengadakan Program Rekreasi & Sihat Ceria di Taman Lagenda, Langkawi. Semua peserta program telah berkumpul pada jam 7.30 pagi. Oleh kerana Taman Lagenda masih dalam proses pembaikan, maka program ini telah diadakan di Taman Permainan CHOGM.
Antara program "Sihat Ceria" yang telah dilaksanakan ialah senamrobik, sukaneka dan pertandingan permainan tradisional iaitu permainan congkak. Di dalam acara sukanneka, para peserta telah mengambil bahagian di dalam acara memasukkan benang di dalam jarum ketika menaiki buaian, balingan kasih, ambil gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong dalam sudu dan jejak tangkas. Kelab SPBT telah menjuarai acara sukanneka ini.
Kesimpulannya, program ini telah merapatkan ukhuwah antara guru dan pelajar di samping dapat melegakan ketegangan emosi dan jasmani.

14 Julai 2008

" Mai Balut Buku Teks"

Hasil Pemantauan Berkala sempena Kempen 5M , Pengurusan Buku Teks SMK Mahsuri mendapati ada pelajar yang tidak mahu membalut buku teks dengan alasan tidak tahu membalut buku teks. Atas inisiatif inilah , maka telah diadakan program MBBT ( Mai Balut Buku Teks). Program ini diadakan dengan tujuan untuk membalut semua buku teks dengan pembalut lutsinar. Diharap semua guru matapelajaran, akan sentiasa mengingati para pelajar mereka agar membalut buku teks.

12 Julai 2008

Malas Membawa Buku Teks ke sekolah

Terdapat rungutan daripada guru yang menyatakan ada sebilangan pelajar tidak mahu membawa buku teks ke sekolah sehingga mengganggu proses p&p. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para guru bagi memastikan anak didik mereka menggunakan buku teks di dalam pembelajaran.
Unit SPBt SMK Mahsuri mengalu-alukan pandangan serta kementar anda bagi menangani masalah ini .

Sayangilah Buku Teks

Kenapa anda menyayangi buku teks? Pentingkah buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran? Berikan komentar anda...

24 Jun 2008

Mutiara SPBT

S : Sayangilah Buku Teks

P : Pemangkin kejayaan pelajar sekalian

B : Bahan Ilmiah setiap mata pelajaran

T : Terutama ketika menghadapi peperiksaan

***********************************************

S : Sayangilah Buku Teks

P : Perlulah dijaga

B : Bawalah ke sekolah

T : Tentu guru suka

***********************************************

S : Sayangilah Buku Teks

P : Pastikan membaca

B : Berusahalah selalu

T : Tentu Berjaya

SPBT… Sehebat Namamu Setinggi Baktimu

“ Isi Kandungan dalam buku teks SPBT menarik, faktanya tersusun, mudah difahami dan mempunyai kepelbagaian warna yang menarik perhatian pembacanya”
Pn. Faudzelina Ahmad
Guru matapelajaran sejarah

BUKU TEKS SUMBER ILMU

Buku teks diberi secara percuma oleh kerajaan dalam bentuk pinjaman untuk digunakan oleh pelajar dengan sebaik-baiknya. Selain menjadi sumber rujukan utama, buku teks juga ialah teman paling akrab kepada pelajar. “ Tanpa buku tiadalah ilmu”. Guru dan pelajar menggunakan buku teks sepenuhnya dalam sesi pembelajaran. Ilmu di dalamnya tiada ternilai umpama permata yang berharga.”Buku wadah generasi berilmu”.