25 Julai 2008

TERIMA KASIH SEMUA

Terima kasih para pelajar di atas kesungguhanmu menyayangi dan menghargai buku teks...
Terima kasih ahli kelab SPBT di atas ketekunanmu menjalankan tugas yang diamanahkan...
Terima kasih para guru & pentadbir sekolah di atas keprihatinan dan sokonganmu dalam menjayakan visi & misi SPBT...
Terima kasih PPD & JPN di atas tunjuk ajar dan segala bantuan yang telah diberikan kepada kami...
Terima kasih kerajaan di atas bantuan buku teks sehingga para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan...
Unit SPBT SMK Mahsuri,Langkawi, Kedah

23 Julai 2008

PENILAIAN ANUGERAH BILIK BOSS


Rabu, 23 Julai 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri telah dilawati oleh Penilai Bilik Operasi SPBT (BOSS) 2008. Berikut dinyatakan senarai nama penilai yang melaksanakan penilaian anugerah BOSS peringkat Kebangsaan
1. Pn. Hjh Lailah bte Mohd Sabri (KPP SPBT,BBT)
2. En. Abd. Razak bin. Mohamad Yusof (PP SPBT,BBT)
3. En. Othman bin Ahmad (KU HEM,JPNK)
4. En. Zainol Abidin Azizan (Peny.SPBT JPNK)
Semoga lawatan ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada semua warga SMK Mahsuri dalam memartabatkan SPBT sebagai sumber ilmu.

18 Julai 2008

Program Sihat Ceria 2008

Pada 18 Julai 2008, Kelab SPBT dengan kerjasama Persatuan Puteri Islam SMK Mahsuri telah mengadakan Program Rekreasi & Sihat Ceria di Taman Lagenda, Langkawi. Semua peserta program telah berkumpul pada jam 7.30 pagi. Oleh kerana Taman Lagenda masih dalam proses pembaikan, maka program ini telah diadakan di Taman Permainan CHOGM.
Antara program "Sihat Ceria" yang telah dilaksanakan ialah senamrobik, sukaneka dan pertandingan permainan tradisional iaitu permainan congkak. Di dalam acara sukanneka, para peserta telah mengambil bahagian di dalam acara memasukkan benang di dalam jarum ketika menaiki buaian, balingan kasih, ambil gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong dalam sudu dan jejak tangkas. Kelab SPBT telah menjuarai acara sukanneka ini.
Kesimpulannya, program ini telah merapatkan ukhuwah antara guru dan pelajar di samping dapat melegakan ketegangan emosi dan jasmani.

14 Julai 2008

" Mai Balut Buku Teks"

Hasil Pemantauan Berkala sempena Kempen 5M , Pengurusan Buku Teks SMK Mahsuri mendapati ada pelajar yang tidak mahu membalut buku teks dengan alasan tidak tahu membalut buku teks. Atas inisiatif inilah , maka telah diadakan program MBBT ( Mai Balut Buku Teks). Program ini diadakan dengan tujuan untuk membalut semua buku teks dengan pembalut lutsinar. Diharap semua guru matapelajaran, akan sentiasa mengingati para pelajar mereka agar membalut buku teks.

12 Julai 2008

Malas Membawa Buku Teks ke sekolah

Terdapat rungutan daripada guru yang menyatakan ada sebilangan pelajar tidak mahu membawa buku teks ke sekolah sehingga mengganggu proses p&p. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para guru bagi memastikan anak didik mereka menggunakan buku teks di dalam pembelajaran.
Unit SPBt SMK Mahsuri mengalu-alukan pandangan serta kementar anda bagi menangani masalah ini .

Sayangilah Buku Teks

Kenapa anda menyayangi buku teks? Pentingkah buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran? Berikan komentar anda...