12 Julai 2008

Malas Membawa Buku Teks ke sekolah

Terdapat rungutan daripada guru yang menyatakan ada sebilangan pelajar tidak mahu membawa buku teks ke sekolah sehingga mengganggu proses p&p. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para guru bagi memastikan anak didik mereka menggunakan buku teks di dalam pembelajaran.
Unit SPBt SMK Mahsuri mengalu-alukan pandangan serta kementar anda bagi menangani masalah ini .

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setiap buku yang tak dibawa dikenakan denda sebanyak RM 1.00oleh guru matapelajaran. Duit tersebut dimasukkan ke dalam tabung SPBT atau tabung kebajikan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran mengadakan kempen di Televisyen menggalakan murid membawa buku teks ke sekolah serta kepentinggannya di dalam peperiksaan.Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada ibubapa/penjaga agar mereka memastikan anak mereka membawa buku teks ke sekolah.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

masih terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak tahu menghargai buku teks..walaupun mereka mendapat pinjaman buku ini secara percuma namun masih tak menghargai peluang yang diberi.

Tanpa Nama berkata...

Kami akan mengambil tindakan seperti meminta mereka mengemas bilik SPBT atau membersihkan kawasan sekolah. Jika masih tiada perubahan kami akan memaklumkan kepada waris.
InsyaAllah kami akan mengadakan cabutan bertuah bagi pelajar yang sentiasa membawa buku teks dalam kempen Sayangilah Buku Teks Anda.