Rabu, 15 Oktober 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri telah dilawati oleh Penilai Bilik Operasi SPBT (BOSS) 2008. Berikut dinyatakan senarai nama penilai yang melaksanakan Penilaian Pusingan Kedua Anugerah BOSS Kebangsaan :
1. Pn. Rujinah bt Miki
(Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks)
2. Pn. Hjh. Khalidah bt Othman
( Ketua Penolong Pengarah Sektor Penerbitan Sekolah Menengah)
3. En. Salehhudin bin Yusof
( Ketua Penolong Pengarah Sektor Teknikal Penerbitan)
Semoga lawatan ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada semua warga SMK Mahsuri dalam memartabatkan SPBT sebagai sumber ilmu dan kegemilangan pelajar.
1 ulasan:
Tahniah buat SMK Mahsuri diatas pencapaian ini. Semoga terus cemerlang di masa-masa mendatang.
Catat Ulasan